Sekadar gambar hiasan
KUALA LUMPUR -
Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan
mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini, masih belum atau tidak
berkahwin.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu 60.4 peratus adalah lelaki.
Bancian itu
juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun
kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000, manakala bagi wanita
pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya menjawab
soalan Senator Datuk Boon Som Inong.
Heng berkata
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat pada 2004 yang dijalankan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara, mendapati 32.1 peratus daripada
responden tidak pernah berkahwin.
Daripada jumlah itu, 55.6 peratus adalah lelaki, katanya dipetik Bernama.
"Sebanyak 44.7
peratus daripada responden lelaki tidak berkahwin kerana masalah
kewangan, tiada calon sesuai (19.3 peratus), kerjaya (12.8 peratus),
komitmen keluarga (6.3 peratus) dan selebihnya sebab lain.
"Sebanyak 40
peratus wanita tidak berkahwin kerana tiada calon sesuai, masalah
kewangan (14 peratus), kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang
(8.4 peratus), komitmen keluarga (7.4 peratus) dan selebihnya sebab
lain," katanya.
Heng berkata,
kementerian tidak bercadang mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh
atau perkhidmatan temu jodoh secara dalam talian kerana perkhidmatan itu
telah disediakan swasta, pertubuhan bukan kerajaan badan agama dan
beberapa parti politik.
Namaberita.com
Namaberita.com
No comments:
Post a Comment