
Nasib kanak-kanak
berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini
menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana
bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.
Ma Kassim,
pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di
sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember
2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.
Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.
Pasangan kekasih
itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit
kesalahan.
Peguam Roland
Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman
ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah
insaf dan menyesal.
Bagaimanapun,
Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah
menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat
dalam kes itu amat mendukacitakan.
"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.
Beliau yang
dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah
perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat
akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.
"Setiap hari,
mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya
(dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh,
mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh
diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.
Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.
Pada kejadian
kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada
kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.
- SH
No comments:
Post a Comment