Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula?
Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak
maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia
yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.
Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu?
Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu.
Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis
luar.
Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak
patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan
kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah
berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya
kalau dia dianggap popular.
Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi
atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam
kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja.
Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih
ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri
dinafikan.
Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini?
Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia.
Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman.
Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan
kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga
dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut
kurangkan pengambilan mereka.
Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik?
Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya
sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu
menyuarakan hal-hal macam ini.
Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima?
Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang
ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya
macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti
artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh
berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini.
Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi
kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu
dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang
memutar belit apa yang anda katakan?
Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan
Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap
tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri
tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat
faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia
dan industri Malaysia sendiri.
Petikan (KOSMO!)
No comments:
Post a Comment