Pandai Datuk Siti Nurhaliza mengatur langkah pemasaran untuk produk
kecantikan SimplySiti yang kini sedang meletop di pasaran. Baru-baru ini, Datuk
Siti telah menambah pula haruman di bawah nama SimplySiti dan telah mengambil
muka-muka baru menjadi jurucakap buat wangian berkenaan.
Bukan sebab apa Murai Batu kata Datuk Siti seorang yang pandai. Lihatlah
salah seorang jurucakapnya, siapa lagi kalau bukan penjaga gol kebangsaan yang
kontroversi iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali dengan nama Apex.
Siapa tidak kenal Apex dan dia telah mewakili wangian Pure yang merupakan
salah satu daripada tiga wangian di bawah jenama SimplySiti.
Habislah semua anak-anak gadis ingin memiliki haruman yang sama disebabkan
Apex.
Murai Batu turut difahamkan oleh rakan yang hadir ke pelancaran tersebut,
Pure telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan walaupun baru dua
minggu ia berada di pasaran.
Malah, menurut orang kuat SimplySiti juga, untuk keluaran pertama ini Pure
hanya tinggal beberapa ratus botol sahaja lagi.
Hebat sungguh penangan si Apex ini dan untunglah Datuk Siti kerana dapat
menambat hati Apex untuk menjadi jurucakap haruman SimplySiti.
Macam mana pula dengan Leuniey Natasha yang menjadi model wanita tunggal
dalam komersial bagi wangian tersebut?
Katanya dia dulu pernah rapat juga dengan Apex, maklumlah datang daripada
negeri Cik Siti Wan Kembang juga.
Adakah Leuniey dipilih disebabkan kriteria dirinya yang berbakat dan
mempunyai pakej lengkap sebagai seorang model seperti yang diberitahu sendiri
oleh Datuk Siti Nurhaliza? Atau kerana kontroversi ‘manja-manja’ yang bertiup
seketika satu masa dulu?
Murai Batu hanya mahu berkongsi kegembiraan berita kejayaan wangian
SimplySiti sahaja. Selebihnya biar mereka sahaja yang tahu.
Apa yang penting, jika mahu menjadi wanita idaman Apex jangan lupa cepat
beli haruman Pure daripada SimplySiti nanti habis.
Credit to Murai-
No comments:
Post a Comment