Saya sanggup jadi tongkat kepada Ibu sepanjang
hidup saya. Sebuah cerita menyayatkan hati yang wajib kita baca. Pengorbanan
seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya dalam menjalani hidup tanpa
mengeluh dan ikhlas dalam menjalani dan boleh di jadikan contoh tauladan buat
kita semua.
Kisah seorang anak perempuan dari Changchun,
China, di negera yang sangatlah sejuk. Li Yuanyuan memikul sang ibu yang lumpuh
kedua-dua kakinya sambil menggendong anaknya yang berusia dua tahun ke rumah
sakit kerana ibunya terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu
lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub
melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah tetapi memiliki tenaga untuk
memikul satu orang sambil menggendong satu orang lagi.
Menurut laporan City Evening Post pada 13
Februari 2008 lalu, Li Yuanyuan telah memakaikan baju kepada kanak-kanak dan
ibunya yang baru sembuh dari sakit. Pada jam 10 pagi, Yuanyuan mencangkung di
depan ibunya dan meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu memanggul
ibunya, kemudian menggendong pula anaknya yang berdiri di atas tempat tidur.
Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyokong
kedua kaki ibunya, sedangkan ibunya hanya membantu merangkul cucunya
mengelilingi leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling
berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh
selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa memikul sang ibu
keluar masuk rumah sakit.
Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah
kemalangan lalu lintas yang benar-benar telah mengubah kehidupannya. Kerana
kemalangan ini ibundanya mengalami kelumpuhan pada kedua-dua kaki yang
disemarakkan pula dengan kehilangan ayahnya.
Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang belakang
rumah tangga. Kerana tidak ada pendapatan Yuanyuan menyara keluarga dengan
menjadi pengutip sisa-sisa sampah. Dan duit hasil kerja kerasnya itu habis
digunakan untuk menguruskan ibunya.
Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat
menyentuh hati para tetangga, banyak tetangga yang dengan sukarela memberi
bantuan kepada ibu dan anak perempuannya ini. Kerana sepanjang tahun hanya
mampu berebah otot kaki untuk ibunya. Walaupun sering kejang dan sakitnya kadang-kadang
sangat tak tertahankan.
Ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang
doktor tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupuntur
terhadap ibu Yuanyuan, malah doktor itu juga mengajarnya menggunakan teknik
akupuntur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah
boleh menggunakan teknik akupuntur untuk meringankan rasa sakit ibunya.
Tiga tahun yang lalu, Yuanyuan berkahwin, setahun
kemudian, Yuanyuan melahirkan seorang puteri. Namun di mana pun dan bila-bila
masa, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan ibunya, dia dan suaminya bersama-sama
memikul tanggung jawab mengurus ibunya.
Walaupun rumah tangganya tidak kaya, mereka
sangatlah puas. Ibunya berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh
penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa dirinya sama dengan orang tua
lain yang juga telah menikmati kehangatan dan kebahagian dalam keluarga.
Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa
dirinya sangat bahagia, kerana dia adalah seorang anak yang masih mempunyai
seorang ibu. Saya rasa sangat bahagia “kerana itulah saya sanggup menjadi
tongkat kepada ibu saya sepanjang hidup saya”.
No comments:
Post a Comment