KUALA LUMPUR 12 April — Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri
Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik
balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu
dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7
pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.
Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia
merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa
bumi itu.
JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan
supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu
mengakibatkan tsunami. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment