REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama seorang pelajar asrama di sebuah kelas kosong, di sini, 16 April lalu.
Sumber yang tidak mahu dikenali berkata, pada hari kejadian, suspek
berusia 28 tahun dan dua lagi pengawal keselamatan seperti biasa meronda
kawasan sekolah berkenaan dan salah seorang menyedari suspek tidak
balik ke pos kawalan.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka mencari suspek di
kawasan sekolah itu dan terperanjat apabila menemui suspek di dalam
kelas kosong kira-kira jam 6.15 petang bersama seorang pelajar perempuan
tingkatan lima.
“Susulan penemuan berkenaan, pelajar perempuan itu yang juga tinggal
di asrama sekolah berkenaan mendakwa telah dirogol suspek di kelas
kosong berkenaan. Rakan sejawatnya yang terkejut bergegas menghubungi
polis bagi tindakan selanjutnya.
“Manakala, pihak sekolah pula memaklumkan insiden memalukan itu
kepada ibu pelajar perempuan itu dan membuat laporan polis pada hari
sama kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom
mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman dari 16 hingga
23 April ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.
No comments:
Post a Comment