HONOLULU:
“Lelaki” pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam
mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.
Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.
Pengakuan
Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara
perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.
Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.
“Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan,” katanya.
Beatie - lahir
sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi
perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.
Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.
Selepas bertemu
Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii
tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.
Nancy, 49,
mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh
hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ
peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan
dia hamil.
Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki.
No comments:
Post a Comment